Thursday, 7 January 2016

BARISAN PENTADBIR SKPR

          Bagi tahun 2016, SK Pos Raya(SKPR) telah bertukar barisan pentadbirnya setelah berlakunya pertukaran guru besar dan guru penolong kanan kokurikulum. Pada 2015, Guru Besar En Yusuff Rafael bin Abdullah telah menamatkan tugasnya di SKPR setelah bersara wajib pada bulan 8 yang lalu. Pada 29/12/2015 pula, warga SKPR dikejutkan lagi dengan pertukaran Guru Penolong Kanan En Arzuang bin Mamat yang naik pangkat menjadi guru penolong kanan hal ehwal murid di SK Jalan Pegoh.





         Maka dengan itu, pada tahun ini(2016) barisan pentadbir SKPR terdiri daripada gabungan muka lama dan yang baru. Sudah pasti akan memberi kesan yang begitu positif dalam memajukan lagi masyarakat asli dari pelbagai aspek terutamanya pendidikan. Kami menerima seorang guru besar yang begitu bersemangat dan bermotivasi iaitu En. Azmi bin Mat Adam. Beliau yang merupakan seorang guru besar yang berpengalaman luas dalam menguruskan hal-hal pentadbiran dengan idea yang luar biasa hebat. Manakala kekosongan guru penolong kanan kokurikulum telah diisi oleh seorang guru yang hebat dalam hal ehwal sukan iaitu En. Mohd Yatin Yazix bin Ahmad. Muka lama yang masih kekal dalam barisan pentadbir SKPR ialah YM Raja Salehhuddin bin Raja Soran sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran (semenjak 2003) dan Tuan Hj Aslan bin Mat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

       Semoga dengan adanya gandingan yang mantap ini, SKPR akan lebih cemerlang di masa akan datang dengan bantuan barisan guru dan staf yang akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada barisan pentadbir dalammenjayakan visi dan misi sekolah. Inshaa Allah.

"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

Wednesday, 6 January 2016

Salam Kenal

Alhamdulillah, pada hari ini menjadi hari yang amat bersejarah bagi SK Pos Raya kerana telah berjaya mewujudkan sebuah blog yang bakal memberi informasi serta sumber-sumber yang berfaedah untuk semua lapisan masyarakat yang berkaitan masyarakat orang asli secara umumnya dan lebih khususnya perkembangan pendidikan di SK Pos Raya.